Bukan Sahaja Sastera

Wednesday, May 21, 2008

Pencerakinan Sajak Anak Laut - MAN

Fail di bawah merupakan fail Powerpoint Pencerakinan Sajak di dalam buku Anak Laut. Ia adalah tugasan Sastera yang dibuat oleh kumpulan MAN, terdiri oleh Musfirah, Azlin dan Nabilah.

http://myfreefilehosting.com/f/75804c2586_0.11MB

Friday, January 4, 2008

Perwatakan Cerpen Pendidik Millenium

Pendidik Millenium
Muhammad Khairool Haque

Perwatakan

Hakim adalah pelajar yang percaya kepada dirinya sendiri. Walaupun dimarahi oleh Cikgu Halim di dalam kelas Bahasa Melayunya, dia tidak termakan dengan kata-kata pedas Cikgu Halim bahawa murid-murid kelasnya termasuk Hakim adalah bodoh. Ini boleh dibuktikan pada permulaan cerita apabila Hakim sedang bermonolog sendiri, “Aku bukan bodoh! Aku ada otak juga! Aku boleh maju dalam hidup jika aku usaha! Aku hanya kurang pandai!”

Hakim juga seorang pelajar yang baik kerana dia ikhlas dalam pelajaran atas kerelaan sendiri seperti yang dikatakannya, “Oleh itu, aku masuh berada di sekolah ini, mempelajari segala ilmu yang aku perlukan untuk masa depanku.”. Sifat ini juga ketara kerana Hakim tanggungjawab dalam menghantar kerja sekolahnya pada tepat masanya. Sifat tanggungjawab ini yang menyebabkan Hakim prihatin bahawa buku kerja murid-murid belum disemak Cikgu Halim dan masih berada di tangan murid-murid.

Hakim teguh kepada pendiriannya. Dia masih berfikir bahawa pemikirannya adalah benar dan bersandarkan realiti walaupun dibantah oleh Cikgu Halim. Semasa di dalam kelas, Cikgu Halim memarahinya kerana pada pendapatnya, karangan Hakim yang melibatkan zaman Rasullullah tidak berkaitan dengan kehidupan rakyat Singapura. Hakim memperkukuhkan hujah-hujah dalam karangannya dengan memberitahu bahawa kaum-kaum pada zaman Rasullullah disatukan seperti rakyat-rakyat Singapura berbilang bangsa yang bersatu padu. Akibatnya, Cikgu Halim telah mengalahkan diri dengan menghalau Hakim keluar dari kelasnya.

Cikgu Halim seorang guru yang tidak bertanggungjawab dan tidak melaksanakan tugasnya sebagai guru yang sempurna. Apabila sedang memarahi murid kelasnya, dia telah mengatakan bahawa dia penat menyemak buku-buku kerja mereka walhal buku kerja belum dihantar kepadanya. Ini membawa maksud bahawa dia tidak bercakap yang benar dan hanya berpura-pura telah menyelesaikan kerjanya itu. Setelah itu, dia telah meninggal kelasnya tanpa memberi mereka sedikit ilmu pun. Sifatnya yang bermakan gaji itu telah membuat Hakim berfikir bahawa dia memilih kerjayanya sebagai guru adalah hanya untuk gaji yang lumayan dan bukan mengajar dengan keikhlasan hati.

Dia juga bengis ibarat harimau beranak muda. Dia sering melepaskan kemarahannya di dalam kelas dan melafazkan kata-kata tajam yang menakutkan pelajar. Kemarahannya itu telah menyinggung hati pelajar termasuk Hakim yang tahu bahawa huraian kata-kata Cikgu Halim bahawa dia itu bodoh adalah tidak benar. Sebagai seorang guru, dia sepatutnya bersabar dan bukan menghabiskan lebih masa memarahi kelas daripada mengajar.

Cikgu Halim juga seorang yang berfikiran lurus dan hanya pemikirannya itu sahaja yang benar. Dia tidak mengambil kira pendapat orang lain dan hanya taat dengan pendapatnya sahaja. Sebagai seorang individu, adalah penting untuk mengambil berat idea dan saranan atau pendapat orang lain kerana tiada manusia yang berfikiran sempurna dan tidak menerima pendapat orangmereka juga boleh menyinggung perasaan mereka. Berbalik kepada Cikgu Halim, dia tidak menerima pendapat Hakim dalam karangannya bahawa perpaduan telah wujud semenjak zaman Rasullullah lagi sehingga dalam realiti kehidupan moden. Malah dia memarahi Hakim kerana menulis perkara yang merepek berdasarkan pendapatnya. Ini menyebabkan konflik antara mereka berdua kerana Cikgu Halim tidak dapat menerima kebenaran.

Mrs Wong, guru besar sekolah itu pula seorang yang tidak berpegang kepada maruah dan statusnya. Dia telah menjalinkan hubungan sulit dengan Cikgu Halim dan tidak mengendahkan jika kelakuan itu akan menjejas penaampilan dan kerjayanya. Kelakuan itu juga kurang bermoral kerana mereka itu bukan suami isteri yang halal. Sebagai guru besar, dia sepatutnya sibuk dalam menangani sekolah dan bukan berhubungan dengan salah seorang gurunya.

Dia lebih rela melalaikan tanggungjawabnya sebagai guru besar demi hubungan sulitnya itu. Apabila Hakim tiba di pejabatnya untuk melaporkan kelakuan Cikgu Halim, dia telah mengusir pelajar itu keluar dari pejabatnya. Sikap ini menyebabkannya tidak bertanggungjawab kerana sebagai seorang guru besar, adalah mustahak bagi dia mengambil berat tentang masalah setiap pelajar mengenai sekolah itu supaya proses pengajaran dalam sekolah itu dapat diperbaiki. Namun, Mrs Wong telah melakukan sebaliknya dan lebih mengambil berat tentang kebencian Cikgu Halim kepada pelajar itu.